CSM HOPE adalah sebuah entiti naungan Cinta Syria Malaysia yang ditubuhkan untuk meluaskan lagi bantuan ke seluruh dunia.
Projek terkini CSM HOPE adalah bantuan kecemasan untuk mangsa banjir dengan kolaborasi bersama Impactive Malaysia.
Inisiatif dana terkumpul daripada CSM HOPE akan disalurkan bagi operasi menggerakkan projek-projek berikut :
- Bantuan Asas Makanan &Pakaian
- Bantuan Kesihatan &Perubatan
- Bantuan Kecemasan & Kemanusiaan
- Bantuan Infrastruktur & Tempat Pelindungan
- Bekalan Utiliti
Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]